Eh! Shukri

Monday, November 17, 2008

Tragedi Nak Balik Umah...



Huuu… aku sedey giler time nie. Pagi tadi enpon Sony Ericsson K800 aku hilang. Dirembat orang. Menggelabah bewak aku aku mencarinya. Call tak dapat. Burn gitu saja.

Nape lah time aku nak nak balik umauh, time tu la enpon kau dirembat orang... akuu rasa maybe orang dalam gak yang wat. Tengah ari nyer aku g Celcom Centre. Wat balik no lame. Kena cas RM5. Plus rega enpon yang ilang RM450, aku rugi RM455….

Monday, November 10, 2008

Potrait Nik


Nik Nurhafizah- satu nama yang membuatkan aku tertarik untuk dekati, sejak terpandang wajahnya di awal perkenalan aku dan dia. Keindahan peribadinya membuat aku terpaku sejenak. Tetapi aku kaku dalam bersuara kepadanya.
Hari demi hari, terasa diriku makin menjauh daripadanya.
Akukah watak itu, seperti mana di dalam bait-bait lagu ini?

Lafaz Yang Tersimpan
oleh UNIC

Pilu hatiku yang sayu menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih
Ku zahirkan lagu sedangkan bibirku jauh dari lafaznya
Raut tuamu memberkas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin ku temu iras sentuhanmu
Biarpun ku redah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
meluahkan rasa menuturkan sayang
kasih yang terlempar hanyalah sekadar tika
Cuma ungkapan kebisuan yang melindungkan
Kalimah rahsia

Masih
Kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasih kepadamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
meluahkan rasa menuturkan sayang
kasih yang terlempar hanyalah sekadar tika
Cumalah ungkapan bisu yang melindungkan
Kalimah rahsia

Apakah yang hilang jika dilisankan
Manik penghargaan penuh kejujuran
Namunkan terlihat
Cinta yang merona
Jika renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan,
Sebelum mata rapat terpejam
Usahkan biar kehilangan menggantikan lafaz
Yang tersimpan..

Design Nama Jawi Abg Aim & Tunangnya


Fuih... ponat lak bersengkang mata buat design nama jawi abang aku dan tunang dia. Pape pun aku puas hati dengan design kali ini. Atas usaha, sedikit correction dan penambahan dari Abg Aim. Kali ni dia nak tambah nama penuh.
Takut-takut kalau "Rahim" sahaja pada design terawal tak dikenali ramai. Pada kali nie satu nama penuh aku buat. hehehe.

Pas ni law sesiapa yang nak juga nama dan design dalam huruf jawi, bolehlah e-mail aku dengan nama penuh dan tulisan jawinya sekali di lala_rotu@yahoo.com. Cas perkhidmatan akan dibincangkan kemudian.

Potrait Anak Sedara Aku


Huhuhu...aku rindu gelak tawamu. Kau umpama penyeri buat keluarga di Nenering. Keceriaanmu menggamit memori aku. Telatahmu mengasikkan aku...
Cucu pertama bagi Mak & Abah. Kau menjadi kesayangan semua.
Kaulah.... Ammar Haziq Bin Azizul Rahman.

Tribute Buat Latfi


Design wallpaper tributed buat Saudara Lat.

Roomate aku yang memahami masalah aku.

Teman di kala gembira, gelak dan ketawa.


Jua sewaktu aku kesusahan. Sering menasihati aku di kala aku terlanjur,perbuatan dan kata. Aku begitu menghargai persahabatan kita... Ceh, sungguh puitis aku kali nie...

Sunday, November 9, 2008

Design Baju 5B06


Nie work lama aku nie. T-shirt baju nie adalah atas permintaan saudara Iz untuk bebudak bilik dia- 5B06. Gabungan student fakulti TEKA (Creative), Akademi Pengajian Bahasa (Language), dan Pengurusan Maklumat (Information).Design nie sungguh caca merba. huhuhu

Design Kad Jemputan Pen & Rendang


Design kad jemputan ke Majlis Malam Pen & Rendang anjuran Jabatan Penulisan UiTM. Tema dia agak Islamik sikit. Ye la, time tu kan bulan puasa. Permintaan saudara DD. Zassssss....

Friday, November 7, 2008

Potrait Pak Tam & Mak Tam



Akhirnya... atas segala usaha yang tak seberapa siap juga potrait mereka... tp ni hanya intro je. kan diperbaiki lagi proportion muka mereka.. bile check balik muka mereka berdua nie da lain macam je... muka Mak Tam lagi r lain.. teruskan lagi Shuk oiii.

Wednesday, November 5, 2008

Tiada Lagi Jerawat...






















Adoi... jerawat timbul lagi.. Ni ha... beberapa petua yang sempat saya cari.. layan

Petua 1 : Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup . Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air . Setelah campuran itu sebati, sapu ratakan ke seluruh muka anda . Biarkan kira-kira 20 minit . Kemudian ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus .

Petua 2 : Campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak . Sebelum tidur , sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih , itu hanya sementara . Esoknya , ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka anda dengan air itu . Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda . Kuatkan gosokan anda pada tempat -tempat yang berparut. Bairkan beberapa minit , kemudian basuh dengan air biasa. InsyaAllah , muka anda akan menjadi licin dan bersih.

Petua 3 : Campur bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat. InsyaAllah, jerawat akan beransur hilang.

Petua 4 : Hilangkan jerawat dengan sebungkus daun teh (masih hijau). Didihkan kemudian lekatkan ke jerawat.

Petua 5 : Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.

Petua 6 : Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan.

Petua 7 : Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.

Petua 8 : Campurkan putih telur (ayam lampung) bersama satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Ia elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat. Amalkan 2 kali seminggu.

Petua 9 : Sapukan sedikit larutan tepung kanji bercampur air di sekeliling jerawat yang timbul. InsyaAllah ia akan membantutkan pertumbuhan jerawat tanpa sebarang parut.

<<>>


Sekarang nie penggunaan handphone sudah menjadi budaya di dalam masyarakat kita. Walhal, pada masa aku kecik dulu, nak tengok orang pakai handphone pun susah. 

Apatah lagi nak memilikinya. Masa tu, law boleh pakai pun handphone 'botol air' jerk.. memang tak mampu. Dalam tahun awal 1998, aku tengok kak aku pakai Nokia yang sebesar bata. Siap bley baling anjing trus bley mati. Tapi tue dah kire cun abis. 

Skarang nie made de orang pakai macam tue dah. Bebudak pun nak yang nipis, touch screen, kamera smpai nak 8 mp, ada gps,wifi, dan kalau yang adult lak bley nak ada function note book trus...

Aku da kira bersyukur dengan apa yang ada. Biau pun Sony Ericsson k800i nie second-hand jerk, asal aku bley sms, dan call cukup ler... Tapi tu arr sedey tol. Baru-baru nie camera dia wal hal lak. Asyik error jek. huuuu

Tuesday, November 4, 2008

Design Buat Abg Aim dan Kak Ifah


Huh, siap gak design nama dorang berdua nieh..sempena kad khawin depa- on da way.
Lambat tol la nak wat. First time wat design guna huruf jawi.

Maaf law salah eja.. maybe bley diperbaiki kemudian

Medium: Adobe Illustrator CS2.


Balasan Meninggalkan Solat



Diriwayatkan bahwa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.
Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda kenapa kamu menangis?”
Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.”
Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.”
Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.
Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, “Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?”
Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.” Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.”
Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat.
Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, “Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”
Lalu para sahabat bertanya, “Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?”. Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :
- Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
- Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
- Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Maka inilah balasannya.