Eh! Shukri

Thursday, April 23, 2009

Pemikiran Orang Melayu Terhadap Seni Perubatan Tradisional



Pengenalan
Seni perubatan tradisional wujud kerana ada kaitan dengan kepercayaan masyarakat Melayu pada masa dahulu bahawa setiap penyakit ada kaitannya dengan perbuatan jahat makhluk halus seperti gangguan atau dirasuk seperti hantu jembalang.
Masyarakat Melayu juga sering kali terlibat dengan kepercayaan Mistik dalam perbuatan dan kejadian yang berlaku di persekitarannya. Pemikiran mistik merupakan suatu bentuk pemikiran yang beranggapan bahawa alam ghaib meresapi alam biasa. Ianya berfungsi sebagai penghubung antara manusia dan daya kekuatan alam. Bagi menghubungkan alam manusia dan alam ghaib, orang Melayu mulai menggunakan pelbagai mantera melalui bomoh, di dalam acara-acara tertentu contohnya didalam upacara pengubatan tradisional masyarakat Melayu.

Perbincangan
Seni pengubatan masyarakat Melayu tidak lekang daripada penggunaan pawang dan bomoh. Bomoh merupakan pengamal pengubatan tradisional. Di dalam masyarakat Melayu tradisional, bomoh merupakan orang yang dicari apabila berlakunya keuzuran dalam sesebuah keluarga atau sesebuah kampung. Kini perkhidmatan yang diberikan oleh bomoh terbatas pada penyakit tertentu seperti patah tulang dan urut. Di samping itu, bilangannya jua semakin berkurangan, malah yang ada kini hanya bergiat secara sambilan.
Bomoh kebiasannya akan menggunakan ayat-ayat jampi serapah dan mantera bagi berkomunikasi dengan makhluk halus dalam upacara pengubatan. Mentera berasal daripada perkataan Sanskrit, Mantram; iaitu rumus-rumus sihir. Ianya mengandungi kekuatan luar biasa di dalamnya. Pengucapannya boleh melahirkan daya kekuatan kesaktian. Ianya juga tidak terikat dengan syarat-syarat dalam sebarang pantun, gurindam dan syair. Rima juga tidak dipentingkan di dalam penggunaan mentera, akan tetapi ianya mengandungi kekuatan yang dipercayai terselindung disebalik kata-katanya. Kebanyakkan permulaan matera dimulai dengan kata-kata yang sama, yakni diulang-ulang. Unsur-unsur ini akan memberikan keenakan kepada pendengaran dan menguatkan buaian irama dalam upacara pengubatan.
Di samping ilmu perbomohan yang mantap, seseorang bomoh itu mesti mempunyai ciri -ciri lain yang seperti kuat dari segi fizikal dan rohaniah, kekuatan itu membolehkan bomoh menghadapi pelbagai rintangan dan dugaan sewaktu menjalankan kerja-kerja perbomohan dan pengubatan. Kekuatan ilmu perbomohan kebanyakkan bomoh itu bergantung pada bantuan dan kerjasama yang baik dengan kuasa ghaib seperti jin, kembaran, penggawa dan hantu. Kuasa –kuasa ghaib inilah yang membantu bomoh bukan sahaja mengenal pasti penyakit yang dihidapi tetapi juga ubat-ubatan serta upacara-upacara yang perlu diadakan untuk memulihkan keadaan pesakit. Bomoh perlu mewujudkan perhubungan yang baik dengan kuasa-kuasa ghaib untuk membantunya menjalankan kerja-kerja perbomohan. Untuk memastikan jalinan hubungan yang baik itu tidak terjejas, dari semasa ke semasa, bomoh perlu mengadakan upacara menjamu kuasa-kuasa ghaib yang menjadi sahabatnya.
Seorang bomoh biasayanya mempunyai kepakaran atau pengkhususan yang tersendiri. Berasarkan pengkhususan itu, terdapat pelbagai jenis bomoh. Contohnya bomoh patah, bomoh urut, bomoh ular dan bomoh akar kayu. Cara yang digunakan mereka untuk mengubati penyakit juga berbeza-beza kerana masalah yang dihadapi oleh mereka juga berbeza. Dua perkara yang menyatukan mereka ialah peranan mereka dan jampi serapah yang digunakan oleh mereka. Disamping itu, terdapat juga bomoh yang menggunakan ayat-ayat al-Quran sebagi usaha menyembuhkan penyakit. Jadi dari segi peranan, tugas mereka ialah mengurangkan atau menghilang penderitaan akibat keuzuran yang dialami manusia.

Dipercayai, cara pengubatan yang digunakan bomoh adalah dengan menghubungi makhluk ghaib dengan pelbagai cara. Akan tetapi terdapat empat cara yang selalu digunakan, iaitu cara mengudang, cara mendekati roh, berjamu dan sihir.
Cara mengundang dilakukan melalui upacara menurun untuk mengundang roh. Bomoh akan tidak sedarkan diri dan suara yang kedengaran daripada bomoh adalah suara roh dipercayai wujud dalam tubuhnya. Melalui upacara menurun satu keadaan yang berlaku apabila semangat dan makhluk halus diseru masuk dan meresap ke dalam tubuh seseorang bomoh. Menurun juga digunakan sebagai suatu kaedah dalam pengubatan tradisional. Untuk mewujudkan keadaan menurun, bomoh yang mengamalkan kaedah ini biasanya mempunyai ’khadam’ ataupun bersahabat dengan iorang halus dan jin yang akan meresap ke dalam tubuh bomoh setiap kali ia dipanggil dan diseru ketika upacara mengubati pesakit. Upacara menurun dilakukan untuk memulihkan pesalit yang terkena guna-guba, dirasuk hantu, keteguran dan sebagianya.
Apabila seseorang bomoh itu mula melakukan upacara menurun, dia akan berada dalam keadaan lupa, iaitu dengan cara menukarkan hakikat (roh) kebatinnya. Kata-kata yang dilafazkan oleh bomoh ketika itu adalah dianggap adalah sebagai kata-kata daripada khadam, makhluk halus ataupun jin yang meresap masuk ke dalam dirinya. Kerika itu suara bomoh akan bertukar menjadi garau atau lebih halus mengikut jenis-jenis khadam, makhluk halus dan jin yang memasuki dirinya.
Upacara menurun memerlukan persediaan seperti perasapan kemenyan atau setanggi, pengibas daripada daun pisang, buluh, tembusu atau daun jejuang ataupun mayang pinang. Sebelum menurun, bomoh akan melihat isyarat ada alamat melalui kepulan asap kemenyan ataupun setanggi yang dibakar. Jikalau dalam kepulan asap kemnyan atau setanggi itu ternampak wajah berbentuk mayat, bomoh tidak mampu untuk memulihkan pesakit tersebut kerana ini memberi alamat bahawa pesakit itu akan mati. Sekiranya bomoh tidak melihat apa-apa di dalam kepulan sap itu, ini bermakna pesakit dapat diubati.
Dalam kaedah pengubatan, bomoh akan menyesuaikan cara rawatannya dengan keperluan pesakitnya, misalnya ’lagu peralihan’ yang sesuai dipilh unutk membawa pesakit menuju ke arah lupa diri. Untuk mengubati seorang dalang wayang kulit, bomoh akan membacakan jampi serapahnya dengan diiringi muzik yang digunakan dalam persembahan wayang kulit. Ketika menurun, dalang wayang kulit akan berlagak dan bercerita seperti peranannya ketika berada di atas panggung wayang kulit. Selepas dipulihkan daripada keadaan lupa diri, sakitnya akan sembuh. Tradisi menurun yang diamalkan oleh bomoh Melyu adalah merupakan kaedah pengubatan yang utama dalam institusi perdukunan tradisional.
Acara berhantu merupakan upacara pengubatan yang melibatkan bantuan hantu. Upacara berhantu yang paling ringkas ialah gebiah manakala yang paling kompleks ialah main puteri. Upacara berhantu mempunyai tiga ciri utama yakni penyeruan makhluk halus atau hantu. Tujuan hantu diseru bukan sahaja untuk berhubung, tetapi bekerjasama dengannya supaya upacara berhantu dapat dilaksanakan dengan lancar. Ciri keduanya dalah orang yang berhubung atau bercakap bagi pihak hantu berkenaan, dan melalui rasukan inilah dapat ditentukan punca penderitaan yang ditanggung oleh pesakit. Manakala ciri yang ketiga adalah bagi memutuskan hubungan dengan hantu berkenaan dan memulihkan pesakit.
Upacara berhantu lazimnya berlansung selama tiga malam berturut- turut, Malam pertama merupakan malam menghubungi sebanyak mungkin hantu yang boelh membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pesakit;malam kedua, muncul hantu berlian; dan malam ketiga, pesakit akan dipulihkan. Upacara berhantu lazimnya diadakan di dalam rumah atau di dalam bangsal yang dibuat khas. Seorang bomoh dan seorang pembantu akan diperlukan dalam mengendalikan upacara ini.
Peralatan yang diperlukan dalam upacra ini adalah seberkas daun pulut-pultu, daun selaguri atau daun manggar pinang, satu hidangan jamuan yang terdiri daripada beras kunyit, kuih dadar, air dan sekapur sirih, beberapa batang lilin, semangkuk air penawar, seuras benang merah, kemenyan dan sebuah gendang.
Cara pengubatan yang kedua pula dalah melalui kaedah mendekati roh. Seorang bomoh atau pawang akan menyanyi ’nyanyian suci’ supaya jiwanya melayang ke alam ghaib. Daia akan menggambarkan perjalanan rohnya dan pertemuan dengan roh -roh lain bagi meminta bantuan. Upacara ini dikenali sebagai main puteri atau bagih di Kelantan.
Main puteri adalah suatu kaedah pengubatan tradisional yang diamalkan oleh masyarakat Melayu Kelantan dan Terangganu. Sesetengah masyarakat Melayu percaya bahawa ada penyakit yang disebabkan oleh semangat dan kuasa ghaib dan memerlukan bomoh atau dukun untuk mengubatinya. Main puteri telah diamalkan oleh masyarakat Melyu sejak zaman sebelum kedatangan Islam. Upacara ini dipercayai dibawa masuk dari Kemboja. Bagaimanapun ia sudah mengalami beberapa perubahan sesuai dengan adat resam orang Melayu.
Upacara main puteri dilakukan oleh seorang bomoh yang dikenali sebagai Tuk Puteri dan seorang pembantunya yang digelar sebagi Tuk Minduk. Tuk Puteri mempunyai pengetahuan dalam aspek perbomohan dan ilmu khusus yan gberhubung dengan semangat dan kuasa ghaib. Tuk Puteri akan menurun untuk berhubung secara langsung dengan semangat dan kuasa ghaib yang mengganggu atau merasuk pesakit. Pada waktu ini, Tuk Minduk bertindak sebagai orang perantaraan untuk bersoal jawab dengan semangat yang ada pada Tuk Puteri.
Tuk Puteri akan melalui beberapa pertukaran watak, bergantung pada jenis semangat yang menguasainya. Semangat itulah yang membantu menghalau jin atau semangat jahat yang telah masuk ke dalam diri si pesakit. Tuk Puteri akan melakukan beberapa pergerkan tarian dan lakonan sambil menyanyi dan membaca mantera. Banyak juga lakonan atau dialog yang berunsurkan lucu. Kadangkala si pesakit juga akan turut serta bangun menari mengikut rentak Tuk Puteri. Di sinilah letaknya unsur-unsur teater yang menarik dalam upacara atau persembahan main puteri.
Upacara yang asal bertujuan muntuk mengubati orang sakit ini sudah menjadi suatu bentuk teater tradisional Melyu yang menarik kerana terdapat unsur- unsur muzik, nyanyian, gerak tari, dan lakonan.
Manakala bagi cara pengubatan yang ketiga pula adalah melalui berjamu. Berjamu atau berkorban adalah upacara memberi makan kepada makhluk halus oleh masyarakat Melyu tradisional pada zaman dahulu. Tiga sebab utama upacara ini diadakan. Pertama orang Melayu percaya bahawa makhluk halus berada di mana-mana dan sebarang perkara yang berlaku disekeliling mereka dipengaruhi atau digerakkan oleh mahkluk halus. Keduanya, orang Melayu percaya bahawa makhluk halus sama seperti manusia, memerlukan makan dan minum. Makhluk halus akan menjadi lemah sekiranya tidak dibekalkan dengan makanan yang secukupnya. Ketiganya, upacara itu dilakukan dengan mengekalkan hubungan yang harmoni dengan makhluk halus. Makhluk halus yang kelaparan akan mengganggu ketenteraman manusia.
Berjamu diadakan mengikut keperluan dan tujuan -tujuan tertentu. Misalnya, upacara ini diadakan sempena seseorang itu pulih daripada sakitnya dan memenuhi hajat makhluk halus yang membantu memulihkan keadaannya, juga untuk makhluk halus yang mungkin bertanggungjawab menyebabkan keuzurannya, seperti sampuk dan sebagainya. Berjamu juga diadakan pada masa berlakunya sesuatu wabak atau penyakit atau utnuk membersihkan kampung halaman daripada makhluk halus. Upacara berjamu ini selalunya diadakan setiap tiga, lima atau tujuh tahun sekali.
Upacara berjamu juga diadakan seseorang yang bersahabat dengan makhluk halus seperti pelesit, polong, dan hantu raya. Untuk mengelakkan makhluk halus itu daripada mengganggu orang lain dan mengekalkan persahabatan dengan mereka, makhluk halus ini perlu dibekalkan dengan makanan yan secukupnya seperti pulut kuning, ayam panggang, telur dadar, dan lauk-pauk lain, serta pelbagai jenis buah.
Kini, upacara berjamu ini boleh dikatakan tidak diamalkan lagi kerana kepercayaan orang Melyu terhadap keupayaan makhluk halud mulai hilang dan pudar. Upacara berjamu juga merupakan saki-baki amalan aminisme yang bertentangan dengan akidah Islam.
Bagi cara pengubatan yang terakhir pula adalah melalui bersihir. Tujuan asal ianya diamalkan oleh masyarakat Melayu primitif adalah untuk menguasai alam. Sihir merupakan ilmu hitam yang bertujuan bagi alat pembenci, pengasih atau perosak yang wujud sejak zaman dahulu lagi dikalangan masyarakat Melayu yang menganut kepercayaan animisme dan Hindu. Ilmu sihir dalam masyarakat Melayu muncul dalam pelbagi bentuk dan dikenali dengan pelbagai nama, antaranya termasuklah tuju, lambai semangat, pukau dan santau. Prinsipnya sama sahaja iaitu menguasai semangat individu yang disihirkan dan mendatangkan kemudaratan kepada pihak yang terkena sihir.
Dari segi penggunaanya, ilmu sihir melibatkan penggunaan perantaraan makhluk halus seperti perbagai jenis makhluk ghaib. Makhluk ghaib inilah yang akan menjadi orang suruhan tukang sihir untuk melakukan apa saja seperti yang dihajati oleh tuannya. Jampi serapah merupakan komponen penting dalam ilmu sihir kerana ianya merupakan alat komunikasi dengan alam ghaib. Jampi serapah jugalah yang menentukan keberkesanannya. Selain itu, untuk menjayakan lagi sihir, pelbagai bahan diperlukan seperti tengkorak orang mati dibunuh, patung sama ada yang diperbuat daripada kayu ataupun lilin, gambar, pakaian, kemenyan, buah limau, kuku dan rambut. Penggunaan bahan-bahan itu bergantung kepada matlamat tukang sihir. Misalnya kalau hendak menyeksa seseorang secara berterusan, maka diperlukan patung lilin sebagaimana hancurnya lilin itu apabila dilayurkan di atas api. Bagitu juga dengan patung kayu yang ditanam dan dibiarkan reput. Individu berkenaan akan reput sebagaimana reputnya patung itu.
Antara tujuan seseorang itu menggunakan ilmu sihir adalah untuk membalas demdam, untuk tujuan keuntungan dan untuk menguji ilmu yang baru dimiliki. Pengamalan dan penggunaan ilmu sihir boleh memberi kesan negatif kepada kehidupan bermasyarakat iaitu boleh mencetuskan perbalahan dan perasaan syak wasangka antara satu sama lain sedangkan kesahihannya belum dapat dikenalpasti. Bahkan bomoh pun tidak mengatakan dengan jelas siapakan yang bertanggungjawab. Jadi terserahlah keapada keluarga individu yang terkena sihir itu membuat tekaan. Tekaan seperti itu boleh menjadi meleset dan kesannya ialah menjejaskan keharmonian hidupsesama anggota masyarakat. Umumnya tukang sihir dalam masyarakat Melayu ditakuti dan dibenci. Dengan peningkatan nilai Islam dan kecanggihan ilmu pengetahuan, kepercayaan orang Melayu terhadap ilmu sihir kini semakin tipis.

Saturday, April 11, 2009

meLAYu dan kemeLAYUan


meLAYu dan kemeLAYUan LAYU lagi meLAYUkan
Weii,bosannya jadi meLAYU.

melayu tak bosan ke layan sehati berdansa?

melayu tak bosan ke layan akademi fantasia?

melayu tak bosan ke jadi mat rempit?

melayu tak bosan ke tak reti parking kenderaan dengan betul?

melayu tak bosan ke masuk pekida?

melayu tak bosan ke tak pandai pam lepas berak di tandas awam?

melayu tak bosan ke memekak bila main game online di cyber cafe?

melayu tak bosan ke malas membaca?

melayu tak bosan ke hantar santau?

melayu tak bosan ke kutuk kaum lain?

melayu tak bosan ke mempunyai pemikiran tertutup dan kolot?

melayu tak bosan ke cium keris walaupun tak pandai nak guna keris tu?

melayu tak bosan ke asyik keluarkan fatwa pada benda remeh-temeh?

melayu tak bosan makan rasuah?

melayu tak bosan ke nak jadi orang arab?

melayu tak bosan ke buat filem bongok?

melayu tak bosan ke buat lagu leleh?

melayu tak bosan ke asyik meratap pilu?

melayu tak bosan ke masih amalkan lagi animisme?

melayu tak bosan ke kerama masih tak sedar bangsa melayu tiada originaliti?

melayu tak bosan ke jadi malas?

melayu tak bosan ke asyik mahu pukul orang?

melayu tak bosan ke jadi samseng walhal duit pun tiada?

melayu tak bosan ke hisap dadah?

melayu tak bosan ke asyik mengumpat?

melayu tak bosan ke asyik nak membenci mat rock?

melayu tak bosan selalu menyalahkan anak-anak muda dan remaja?

melayu tak bosan ke buka kedai burger yang sangat kotor?

melayu tak bosan ke asyik dengan ketuanan melayu?

Wednesday, April 1, 2009

Gays and Lesbians : Untuk Yang Islam




Fitrah alam menciptakan lelaki untuk wanita dan wanita untuk lelaki , mereka diciptakan berpasangan seperti ayat-ayat al-Qur’an yang mengatakan tentang perhubungan saling menyayangi dan mengasihani di antara lelaki dan wanita (Surah al-Rum, 30:21), bahawa lelaki dan wanita adalah sebagai pakaian bagi satu sama lain (Surah al-Baqarah, 2:187), bahawa lelaki dan wanita saling lengkap melengkapi antara satu dengan lainnya (Surah al-Imran, 3:195), bahawa lelaki dan wanita merupakan sahabat dan penjaga yang saling melindungi (Surah al-Tawbah, 9:71).




Namun, lewat kebelakangan ini saya lihat dunia semakin terbalik. Ramai lelaki memilih untuk bercinta dengan lelaki juga, manakala perempuan memilih kaum sejenisnya untuk dibuat pasangan. Kalau yang bukan islam, mereka bukan dididik sealiran agama dan kepercayaan dengan kita, pilihan anutan yang berbeza atau mungkin ‘atheist’ membuatkan kita faham jika kepercayaan mereka terhadap percintaan sejenis ini berbeza berbanding islam. So, itu hal diorang lah! Biarkan sesiapa yang lebih mahir dalam agama mereka untuk luruskan kepercayaan mereka yang songsang. Tidak kiralah apa saja perbuatan maksiat memang salah di sisi islam. Melainkan kita sendiri yang cuba nak buat ‘exceptions’, ‘specialties’ atau ‘rules’ sendiri. Bercinta sendiri adalah satu kesalahan jika didorong dengan nafsu sehinga terjerumus ke lembah maksiat. Tidak kiralah anda bercinta dengan sesiapa atau apa-apa perkara pun. Tetapi tajuk kita pada hari ini adalah ‘Gays and Lesbians : Untuk Yang Islam’ dan mari kita memahaminya dengan betul.


Bagi umat Islam dah jadi tanggungjawab untuk kita saling menegur dan menasihati apabila melihat sesama umat kita melakukan perbuatan songsang. Namun apabila kita mula bersuara, mulalah mereka kata “yang ko nak susah sangat 2 kenapa?? yang ko nak sebok2 nape?? ada kew ktowg2 nie kaco idop ko??xde kn??”. Saya akui, manusia yang normal memang akan terasa bingit telinga dan panas hati apabila orang yang disayangi dikutuk atau cuba dipisahkan. Yelah, dari ramai-ramai orang di dunia ini, si dia jugalah yang kita pilih untuk dambakan seluruh kasih sayang dan harapan. Padahal baru kenal tak sampai seminggu, patuh padanya macam dialah yang sibuk-sibuk cari duit nak bagi kita makan, sekolahkan kita lantas menafikan hak-hak mak ayah kita untuk menegur. Pasti kita yakin yang pilihan kita yang terbaik. Siapa yang nak ‘kalah’ di mata orang dengan mengakui pilihan mereka itu salah lagi haram untuk dipilih? Nanti akan menampakkan kebodohan kita. Jadi, pelbagai alasan akan direka untuk mengaburi pandangan sendiri atau dalam kata lain ‘menyedapkan hati sendiri’ bahawa pilihan mereka itulah yang terbaik dan tindakan mereka itu betul. Tidak mengapa kalau pilihan hati itu memang ‘halal’ untuk dinikahi, menangis air mata darah banyak mana pun, akhirnya boleh juga kita buat laki atau bini. Tapi, kalau sudah terang-terang hukumnnya salah dalam al-Quran dan norma alam, bukankah kita hanya menipu diri sendiri? Atau anda ada angan-angan untuk amend hukum ini?

MALANG SEKALI buat mereka, apabila hukum alam dan agama menidakkan fakta cinta ini sehingga mereka terpaksa dipisahkan. Bukan sengaja-sengaja hukum itu dibuat. Soal zuriat, soal penyakit berjangkit, soal macam-macam lagi yang selalu dibangkitkan oleh pelbagai sumber sehingga menjadi klise di telinga saya. “ALLAHHUAKBAR”, Allah Maha Besar yang kita ucap ketika bersolat, tetapi kita tidak meletakkanNya sebegitu dengan terang-terang menunjukkan yang “kekasih sejenis” kita itu lebih penting dari larangannya.. Tak kira anda di kampung, bandar atau di mana-mana pun, saya tidak rasa yang pelukan agama anda berubah-ubah mengikut tempat. Ohh..bila dekat kampung, saya orang Islam, tapi bila jejak kat Bandar hurmmm..nak pilih jadi atheist la, macam itu? Selain itu, saya tahu anda tertekan kerana ancaman oleh masyarakat, tekanan ibu bapa dan rakan sebaya yang memandang sinis perbuatan ini. Lantas anda menjawab dengan berkata “Yes kitorang terbalik, so kenapa tak tolong betulkan?”. Hai..tadi cakap jangan sibuk sebab anda tidak mengganggu hidup orang lain, sekarang mintak lain pula. Anda beritahu saya macam mana kita nak betulkan seseorang insan itu kalau baru kita buka mulut sikit terus dia emosional dan maki hamun kita balik? Firman Allah “Tidak akan aku mengubah nasib sesebuah kaum melainkan kaum itu mengubah nasibnya sendiri”, jadi bagaimana hendak berlaku sesuatu perubahan kalau anda sendiri tidak mencari jalan untuk mengubahnya. Tunggu bulan jatuh ke riba ya..? Anda bayangkan bagaimana seorang bayi kecil dapat membesar menjadi manusia yang berjaya tanpa bantuan ibu bapanya, dirinya sendiri untuk membesar, makan, minum dan nikmat dari Allah.

MEMANG SAYA AKUI SUSAH NAK JUMPA ORANG-ORANG YANG BAIK ZAMAN SEKARANG. Seperti artikel-artikel saya sebelum ini iaitu lelaki jerk perempuan desperate, lelaki kuat cemburu sehingga pukul bini, statistik perceraian pasangan islam bertambah di Malaysia, dan macam-macam alasan lain lagi yang saya tahu anda akan gunakan. Tetapi, adakah alasan remeh sebegitu boleh diguna untuk bercinta sesama jenis? Kalau jodoh belum sampai, tak perlulah terhegeh-hegeh cari sesame jenis untuk dibuat substitute. Kajilah kembali mengapa kaum Nabi Luth dilaknat Tuhan sehingga ditimpakan bala padanya. Nabi Luth yang menyampaikan dakwah untuk menghentikan percintaan sesama jenis ini hanya diejek dan dilempar pandangan kolot oleh kaumnya yang giat berseronok bersama pasangan sejenis mereka.
Kaum moden sekarang marah dan berkata “Ko jgn pk relation normal cm ko 2 xde yg wat slh beb.Ada tu bertudung tp slumber jew mengangkang kt tmpt2 awm..kt tepi tgga la.. so pk b4 nk ckp pape sal kami nie. Yg plg aku heran kn..nape byk gle video2 lucah relation nrmal ( ANAK MELAYU) yg 2 ko xnk laks shout..discuss kew ape..pdhal ada 2 baju kuwog tdong mak aih smpai ke pusat tp blakang semak tgga sume (phm2 la)..”. Terima kasih teramat sangat kerana masih lagi ada kesedaran di hati anda yang melihat perkara-perkara ini salah. Bersyukurnya saya jika kesedaran ini datang bukan untuk menghina semata-mata tetapi kerana ada sinar di hati anda yang mengharapkan perubahan. Anda nampak kan ini salah? Jadi, kenapa perlu anda ‘terjun lombong” sekali dengan mereka yang sedang hanyut dengan lembah maksiat mereka. Anda sepatutnya buktikan yang anda bukan seperti mereka yang sesat, dan melakukan larangan Tuhan. Bukannya jadikan mereka sebagai alasan untuk berselindung di sebalik tindakan songsang anda. Jangan berkata “ala diorang boleh buat, apsal pulak aku tak boleh”. Kalau macam ini, anda pun tiada beza dengan mereka.


Kawanku sayang, Bila kita sedang berseronok, terawang-awang di dunia khayalan, memang semua benda kita nampak baik. Tapi bila dah terkena di batang hidung sendiri barulah kita nampak langit tinggi ke rendah. Anda berkata “Sekarang ko jijik dengan kami tapi jangan sampai salah sorang daripada family tergolong dlm spesis kami..xpown future ank ko t..” Saya tidak memandang jijik anda, malah tidak pernah membenci, hanya mengharapkan perubahan dari kawan yang saya sayangi. Anda pewaris bangsa akan datang, perubahan anda sekarang akan membawa kesan pada future kita. Disebabkan saya menyayangi ahli keluarga saya, bakal suami, bakal anak-anak bangsa, saya mahu menghentikan penularan wabak Islamic lesbian dan gay couple sekarang juga. Jika benar ia berlaku, anggaplah sebagai jihad melawan nafsu! Saya dah melakukan tanggungjwab saya, bagaimana pula anda? Tepuk dada, Tanya selera sendiri...

P/s : Kadang-kadang gays and lesbians lebih setia daripada pasangan normal.