Eh! Shukri

Sunday, August 16, 2009

Antara Dua Kasih by Unic




















Deru ombak pecah berderai

Mengulang pantai datang dan pergi

Begitu kasih insan diibaratkan

Bagai ombak merubah pantai



Tika kasih melestarikan sayang

Semuanya indah dipandang mata

Pabila rasa benci terbit di hati

Rasa kasih dan sayang pun menyisih



Tanda kasih yang abadi

Dalam senang jua dalam kesempitan

Kasih Ilahi tiada bersempadan

Tak memilih siapa tidak berakhir

Kekal selamanya



Di antara dua kasih

Di maqamnya yang berbeza

Mudah dijumpa namun sukar untuk diperlihara

Lahir dari ketulusan jiwa bersuluhkan iman

Namun nafsu menodainya



Terkadang kasih kita sesama insan

Bisa mengundang keredhan Tuhan

jika insan menghargainya

Dan memuliakannya



Kasih sayang Allah kekal selamanya

Kasih manusia hanya sementara



Deru ombak pecah berderai

Mengulang pantai datang dan pergi

Begitu kasih insan diibaratkan

Bagai ombak merubah pantai





aku suka dengar lagu nie akhir2 nie. Sayu jer dengar.
Padahal lagu nie da berkurun lame da wujud. Janji aku suka..

0 Comments:

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home